Bab 1: *Part 2* Sejak Bila Kami Berkawan?

Tanpa sepatah kata, Naznin mengekori langkah mengekori langkah Nana menuju ke kelas mereka. Selepas melabuhkan punggungnya di atas kerusi, Naznin termenung sambil memerhati rakan rakan sekelas. Matanya yang galak itu tiba tiba terhenti di tempat duduk Rayyan yang masih kosong.

Ting! Tiba tiba muncul satu idea.

"Hah ... siaplah awak, budak lembik! Awak akan lebih bergaya hari ini." Dalam masa beberapa saat sahaja, Naznin sudah tercegat di tempat duduk Rayyan dengan sebatang kapur sepanjang 1.5 inci pada tangannya. Dengan mimik muka meluat dan bibir yang terjuih juih, dia mula menggosok kapur tulis itu pada dua kaki meja belakang dan di bawah laci. Bahagian bahagian itu merupakan bahagian strategik yang pasti tergesel ataupun tersentuh dengan bahagian kaki tuan punya tempat duduk.

Pelajar lain tidak ambil pusing dengan perlakuan Naznin. Masing masing sibuk bergossip dan bersembang, dan akhirnya menimbulkan suasana bising di luar batas normal. Selesai menjalankan misninya, Naznin dengan senyuman lebar dan wajah berseri seri, melangkah penuh yakin.

"Hei, Timah!" Teguran seorang jejaka secara tiba tiba membuatkan Naznin menoleh. Mukanya yang sejak tadi masam, sudah bertambah kelat, pahit dan payau.

"Apa?" Naznin menjerit. Beberapa rakan sekelas memandang Naznin, namun beberapa saat kemudian mereka kembali menyambung aktiviti mereka terganggu sebentar tadi. Mereka sudah biasa dengan kejutan kejutan yang memang menjadi tradisi di kelas mereka itu.

Syamil, jejaka yang sengaja menegur Naznin tadi, dengan pantas menekup mulutnya, Betul, dia sengaja menegur Naznin, tetapi, yang dia tidak sengaja meluncurkan nama 'Timah' daripada mulutnya.

Syamil terus menyengih mempamerkan barisan giginyayang menawan, sambil mengjongketkan sebelah keningnya. "Eh! lawa hari ini. Ada hiasan tambahan pada hidung awak," ujar syamil lagi sambil ketawa. Comel juga Naznin dengan hidung yang sedikit merah begitu.

Naznin spontan memegang hidungnya yang rasa sedikit sakit. Naznin meraba raba dan memicit sedikit hidungnya. Aduh! Semakin sakit. Cis, ada jerawat tumbuh rupa rupanya! "Kurang asal! Jerawat tumbuh pun hendak dihairankan." Dia mencemikkan mukanya sambil menggumam. Mulutnya masih terkumat kamit mengomel sendiri sambil menjeling ke arah Syamil yang masih tersengih sengih.

Apabila Naznin memandang ke hadapan dan bersedia melangkah, tiba tiba dia terlanggar bahu seseorang. "Hei, buta!" Suara lantang Naznin sudah cukup menggegarkan kelas itu sekali lagi. Ah, pagi pagi lagi mereka sudah dihidangkan dengan suara pekikan sebanyak dua kali sebagai 'sarapan'.

"Awaklah yang buta!" Saya jalan elok elok, awak yang langgar saya." Terjegil mata Rayyan memandang muka kelat Naznin.

Terbeliak biji mata Naznin seolah olah melihat ayam panggangdi hadapan mata. Seperti mahu dikunyah kunyah sahaja budak bernama Rayyan itu.

"Apa bising bising ini?" Encik Naza sudah pun terjengah di muka pintu bagi mengisi jadual mata pelajaran pertama. Encik Naza sangat berdedikasi orangnya. Loceng masuk belum pun berbunyi, dia sudah tercegat di hadapan kelas.

Naznin mendengus dan berlalu ke tempat duduknya. Rayyan mencebik sambil mengumat ngamit, mengejek gaya Naznin bercakap. Kemudian dia berjalan lenggang lenggok sambil menggoyang goyangkan badannya, mengajuk cara jalan Naznin.

Pagi pagi lagi para pelajar di kelas itu sudah dihiburkan oleh 'persembahan' hangat kedua dua seteru itu. Encik Naza pula menggeleng geleng sambil berjalan ke meja guru.

Hati Naznin betul betul sakit melihat Rayyan yang mengejek ejek dirinya. Rasa mahu diluku sahaja kepala budak lelaki itu. Ops, sebentar! Hmm ... tidak lama lagi dendamnya akan terbalas apabila khianat yang dilakukannya di tempat Rayyan tadi mengena.

Selepas mengucapkan selamat sejahtera beramai ramai kepada Encik Naza, Naznin terus duduk di tempatnya dengan hati yang begitu seronok. Tidak sabarnya rasanya melihat Rayyan menjerit apabila seluar hijau gelapnya dicemari oleh putih kaput. Matanya melirik ke arah Rayyan yang sudah pun duduk di tempatnya. Seterunya itu tempat bergelak tawa dengan Syamil yang duduk di sebelahnya.

"Awak ini tidak habis habis. Di hadapan cikgu pun hendak bergaduh dengan Rayyan itu." Nana menegur.

"Saya betul betul menyampah dengan dia." Naznin acuh tidak acuh dengan kata kata sahabatnya. Dia sibuk mencari bedak kompak di dalam beg.

"Benci biar berpada pada. Bimbang nanti orang yang kita benci bertukar menjadi orang yang paling kita sayang. Apabila sayang pula, jangan keterlaluan, bimbang lambat laun kita akan benci separuh mati pada orang itu." Nana memerhatikan Naznin yang mula membelek jerawat besar mencemari hidungnya.

"Aduh, jerawat ini pun satu. Sudah tidak ada tempat lain hendak tumbuh? sakit betul hidung saya!" Naznin mengomel sendirian. Kata kata Nana yang menggetarkan gegendang telinganya dibiarkan telinga tanpa sedikit pun diambil perhatian.

Rayyan dan Syamil pula tersengih sengih sambil sesekali menahan tawa ketika mencuri pandang ke arah Naznin.

"Semuanya sudah bersedia bagi dengan pembentangan masing masing?" Mata Encik Naza meliar ke segenap kelas. Berdengung dengung seperti bunyi lebah apabila para pelajar tingkatan empat itu menjawab beramai ramai. Encik Naza mengangguk dan poada masa yang sama, loceng mauk pun berbunyi.