Bab 1: *Part 1* Sejak Bila Kami Berkawan?


Rayyan tersungkur dan bibirnya sempat mengucal bumi tanpa rela. Beg sekolahnya tercampak ke tepi longkang. Sipi sahaja lagi akan 'gol' ke dalam longkang! Di hadapannya kedengaran suara jilaian yang panjang, umpama langsuir yang bersiar siarrinag pada malam hari. Rayyan mendongak ke hadapan. Matanya seolah olah hampir tertanggal dari ligamen penggantungnya. Pandangannya tajam menikam empunya badan yang mempunyai tawa iras hilaian langsuir itu.

" Lalala! " Naznin sengaja menyanyi-nyanyi. Girang sungguh hatinya melihat musuh ketatnya jatuh tersungkur di hadapan mata. Sesuatu yang sama sekali tidak pernah diduga. Bagaikan medapat hadiah istimewa pada pagi yang ceria itu apabila melihat Rayyan tersungkur.

Rayyan bingkas bangun lalu mengutip begnya. Jarinya juga pantas menyapu nyapu pasir halus yangmelekatpada bibirnya. Mukanya bengis. Giginya diketap-ketap, hakikumnya turun naik. "Apa tengok tengok? Awak nampak ini?" Suara Rayyan melengking ke udara, sambil menunjukkan buku limanya ke arah pelajar perempuan itu.

"Hebat sangatkah buku lima awak itu wahai Cicak?" soal Naznin sambil tersenyum mengejek. Mukanya mencemik. Sedikit pun dia tidak takut dengan pelajar lelaki itu. "Budak lembik! Lembik seperti Cicak!" gumamnya perlahan.

" Sudahlah. Mari kita pergi." Seorang pelajar perempuan menarik tangan Naznin supaya beredar.

"Eh, tunggulah dahulu. Saya masih belum puas melihat wajah kacak Rayyan yang baharu sahaja menciumbumi itu." ujar Naznin sambil menarik lengannya supaya terlepas daripada pegangan rakan baiknya, Nana.

"Awak ini ...." Rayyan menuju setapak menghampiri Naznin yang masih tersenyum mengejek.

"Sudahlahh, sudahlah ..." Kali ini Nana terpaksa mengheret Naznin supaya beredar dari situ. Bimbang betul dia sekiranya nanti terjadi sesuatu yang tidak diingini antara dua musuh ketat itu. Tidak sanggup dia melihat Naznin, sahabat baiknya itu menghadap pihak lembaga disiplin atasdakwaan membelasah Rayyan sehingga lunyai.

"Eh, lepaskan ... lepaskan!Naznin cuba melepaskan pegangan kejap tangan Nana. Bagaimanapun Nana semakin kejap dan kemas memaut kengan Naznin dan dengan sepenuhtenaga mengheretnya dari situ. Akhirnyaterjadilah aksi tarik menarik dan heret mengheret kedua dua sahabat itu. "Ah!" Naznin tidak berdaya lagi hendak melepaskan diri daripada heretan Nana.

"Mujurlah dia cepat beredar. Sekiranya tidak ...." Mata Rayyan masih bulat dan tidak terlepas daripada memandang Naznin yang semakin menjauh itu dengan penuh jelak. Panas betul hatinya apabila diejek ejek oleh Naznin tadi. Malang sungguh hari ini, dia jatuh di hadapan musuh ketatnya sendiri. Dia tahu Naznin memang selalu mencari kelemeahannya dan sentiasa bersediamemtertawakan dan mengejek ejeknya. Benci betul! Sudahlah mengilai seperti langsuir hilang anak. Perangai entah apa apa. Jauh daripada ciri ciri wanita melayu terakhir.

"Malang betul siapa yang meminati langsuir itu!"Otak udang!" Rayyan menggumam sendirian sambil mengusap usap bajunya yang terpalit dengan sedikit lumpur semasa tergelincir tadi. Malam tadi hujan. Kata orang, hujan membawa rahmat. Namun bagi Rayyan, tidak. Pagi ini akibat hujan, dia tergelincir di tempat letak basikal kerana simen yang basah dan licin. Ah, manusia sendiri yang salah tetapi tidak mengakuinya, lalu sesuatu perlu dicari bagi dijadikan kambing hitam.