She is my maid. My love.





Jam dikerling. Baru pukul 7 pagi. Ji-yeon menarik semula selimut menyelubungi tubuhnya. Namun, tidak sempat pun dia melelapkan semula matanya, Taeyeon, rakan baiknya segera mengejutkan Ji-yeon. Almaklumlah, dah nak kerja pun masih nak membuta lagi, Ji-yeon...Ji-yeon. Desis hati kecilnya.

"Ya! Ji-yeon-ah! bangun lah. Dah pukul 7 ni. Kata nak pergi cari kerja" kata Taeyeon sambil menggoyangkan sedikit tubuh Ji-yeon agar dia terjaga.

"Alah....kau ni. Biarlah aku tidur sekejap. Kacau lah, kha (pergi)".

"Aish, chinca (betullah). Apa punya perempuan lah ni. Nak kejut pun susah, tabiat buruk betul. Nanti kau, tak nak bangun ya" Sambung Taeyeon lagi apabila melihat reaksi Ji-yeon.

Tup! Sebaldi beserta air didalamnya sudah pun berada di dalam genggaman Taeyeon, cuma tunggu terkena pada sasaran sahaja. Sikit lagi. Sikit je lagi, nak dekat. Haamik! Basah lecun jadinya katil Ji-yeon dengan badannya sekali. Tersengih Taeyeon.

"Weh hujan! Tolong ambil payung, cepat sikit" Dalam keadaan yang mamai, dia berkata begitu.

"Kau gila hujan? Dah dah, pergi mandi siap semua. Aku tau, pukul 7.30 turun!" jerit Taeyeon lantas menyedarkan Ji-yeon yang masih lagi menangkap apa yang sedang berlaku.

"Eleh, membebel je tau mak singa ni. Aku taulah". Bebel Ji-yeon sambil mengambil tuala.


...............................................

"Ma, betul ke Ma nak ambil pembantu baru? I means, our new maid?"

"Yelah. Buat apa mama nak tipu kamu."

"Hm, yelah. Saya nak keluar kejap. Na lepak dengan Shin-wo."

"Yalah...jangan lambat balik, tau"

"Yes, mom"

Kunci kereta diambil. Lee hyuk, seorang lelaki yang segak, kacak yang mampu memikat gadis-gadis. Lee-hyuk masuk kedalam kereta Alpha merahnya. Dia menghidupkan enjin, lalu beredar daripada Vila tersebut.

"Mana aku nak pergi eh... kalau setiap hari asyik duduk je rumah, bosan jugak. Aish." katanya sambil memecutkan lagi kereta. "Kalau lepak dengan Shin-wo, best juga". Lantas, telefon bimbit diambil dan mendail nombor Shin-wo, rakan yang sekepala dengannya.

"Annyeong, helo. Hah, kau nak apa, bro?"

"Jom lepak. Aku bosan ah"

" Lepak? Kat mana? Aku on je..."

"Kau kat mana? Aku jemput kau"

"Baiknya kau"

"Well.... baru tau ke?"

"Perasan lah tu. Tunggu aku depan Bus Stop. Aku on the way"

"Okay, no hal".

Lee-hyuk memecut. Tanpa disedari, dia telah memancutkan air dari jalan raya, sehingga terkena seorang perempuan. "Ops, mianhe (maaf)". Namun, kata-kata itu hanya dikeluarkan didalam kereta. Lee-hyuk menoleh sekilas. Dia memandang perempuan tersebut sedang memerah kainnya yang basah akibat terkena pancutan air tadi. "Lain kali jalan lagi tepi-tepi. Kan dah kena". Sambung Lee hyuk.

............................................
Dengan pantas, Ji-yeon berjalan menuju ke Bus-stop. Nak ada kereta sendiri, harapan lah. Duit pun tengah cari, ada hati. Berangan je lah, Ji-yeon...

'Aku kena cepat. Kalau lambat, habis lah aku. Malu nya kalau lambat. Dah lah first day ni. Nanti apa pula kata boss aku.' "Nak jadi maid tu kau ingat senang ke? Nak kena masak, semua tau. Lagi satu, mana boleh bangun LAMBAAAAT". Pesannya sebelum aku keluar. Sengaja Taeyeon meninggikan suaranya pada barisan ayat terakhir. "Yelah mak singa, belum tentu aku jadi maid. Hari ni lah nak menentukannya. taulah nak bua..... "

Sekali lagi air terkena pada Ji-yeon. Kali ni lain sikit. Pagi tadi, air biasa daripada Taeyeon. Kali ni, air daripada kereta pulak! "Tak guna betul mamat tu. Kereta je cantik, warna merah lagi. Tapi tak guna betul. Habis baju aku yang memang comel ni. Dah basah!" Omel Ji-yeon sambil memerah kainnya yang sudah basah lecun memandangkan dia berpakaian baju kurung.

Lagi tak menyenangkan, semua mata hanya tertumpu pada Ji-yeon. 'Apa, pandang-pandang. Aku kasi sebiji pang kat sorang-sorang nanti. Huh.' Namun, ayat itu hanya terucap di dalam hati. Nasiblah Ji-yeon... baru fisrt day ni. Belum second, third lagi......

"Rasanya betul lah ni Officenya. Mana ada lagi Office cenggini. Relax Ji-yeon, you can do it!" dengan pantas, Ji-yeon memasuki pejabat itu.

"Encik, ini dia Ji-yeon. " Kata salah seorang pembantu Encik tersebut. Ji-yeon hanya senyum dan tertunduk sedikit paabila dirinya dipandang.

"Baik. Silakan masuk".

"Yea..."

"Oh. Jadi, awak lah Ji-yeon ya?"

"Ya. Saya... Jadi, dimana saya perlu bekerja, Encik?"

"Ini dia alamatnya" Dia menghulurkan sehelai kertas beserta alamat didalamnya. "Vila tersebut dari sini, tidak begitu jauh. Tuan rumah sudah menunggu awak di sana. Selamat bekerja".

"Nde? Oh.... Okay. Terima kasih"


"Daripada aku naik Bas, baik naik Teksi kan? Heheheh. Suruh jelah pemandu teksi tu bawa. Lagi cepat sampai." fikirnya sambil berjalan ke arah teksi.

Setelah sampai, Ji-yeon membayar tambang teksi. Dia berjalan ke arah rumah yang ditunjukkan pemandu teksi sebentar tadi. Langkahnya mati. Mulutnya terlopong. "Woaa..... Daebaak (hebaat).... Besar nya rumah ni. Ini ke rumah yg aku kena kerja?"

"Heeey, tercegat apaa lagi tu? Mari masuk!" Laung seorang perempuan. Nak kata muda, taklah muda sangat. Macam mak orang.. Haa mak orang.

"Assalamualaikum, Puan. Saya Ji-yeon. Pembantu rumah yang baru" Ucapku.

"Oh.. Ya, ya. Ara (Saya tahu). Jemput lah masuk."

"Ya, ya...." Huh. Dapat juga masuk. Lama juga aku tunggu.

"Jadi... Ji-yeon, kan? Mulakan kerja awak hari ni ya. Buat lah apa-apa yang patut. Rasanya awak dah tahu kan?" 'Hehe. Memang lah tahu. Aku dah belajar laa dari Taeyeon. Ji-yeon ni....Ji-yeon.' katanya di dalam hati.

"Yes, madam."

"Ah... seronoknya kalau hari-hari macam ni. Katil nya empuk, best nya...." Ji-yeon terus melabuhkan punggungnya ke atas katil. Sekejap baring, sekejap duduk. "Hari ni, awak tak perlu mulakan kerja. Buat macam rumah sendiri, taman ada di luar. Pergi tukar baju. Rehatlah". Pesanan Puan tadi.

"Taman kat luar kan. Boleh lah aku menikmati udara segar, sambil sambil tu kita baca novel. Haa best-best" Ji-yeon menuruni tangga. "Senyap nya..." Keadaan ruang tamu senyap. Comfirm tak ramai anak, kan?

O'! Ada kerusi lah. Duduk situ je lah. Dia keluarkan Telefon Bimbitnya beserta earphone. Dengar lagu lah jawabnya bila bosan sudah menguasai diri. Novel yang baru dibelinya tempoh hari keluarkan. Novel tajuk "Cinta Kau Dan Aku".

Volume dikuatkan sedikit. Lagu It's Me, nyanyian Luna And Sunny. Khusyuk Ji-yeon membaca sambil melayan Lagunya. Sampai tidak perasan anak tuan rumah, sudah pun pulang.


"Eh, sapa pulak tu...takkan pembantu rumah kot? Muda gila".

Kereta diparkirkan. Jaemin keluar daripada kereta dan menuju ke Ji-yeon.

"Ehem."

Tiada respons.

"Hoi"

Tiada respons.

"Pekak ke apa. Aku tanya ni, bukan nak balas".

"Hello??" Tangan dilambai kan. Kalau cara ni tak berkesan, aku tak tahu lah.

"Bo?" balas Ji-yeon ringkas sambil tangannya mencabut earphone disebalik tudung yang dipakainya, terkejut juga dia, dengan kehadiran Minjae.

Lah pakai earphone rupanya. Buang masa je aku habiskan tekak aku ni. Cis. "Just 'Bo'? Bahasa apa kau cakap ni?

"Bahasa aku lah. Kau siapa?"

Apa kena dengan budak ni. Ini rumah aku. Boleh dia tanya aku siapa?. "Aku tuan rumah ni lah, mangkuk. Kau siapa?"

"Tuan rumah ni? Macam tak je."

"Apa?"

"Ha? Eh. Takde apa-apa".

"Apa-apa la".

'Sombong gila, huh...tapi handsome jugak, hahaha....' desis hati kecil Ji-yeon.

.................................................